Khamis, 6 November 2014

Rakyat Malaysia perlu perubahan politik

Apabila kita menyebut politik Malaysia, di sebalik sejarah kepincangannya, Umno/BN diberikan kuasa melalui segala korupsi demokrasi dan sistem pilihan raya yang diamalkan.

Bahkan segala gedung kuasa diperalatkan dengan sepenuhnya bagi menyekat halangan dari meneruskan kuasanya.

Rakyat hanya diperkuda dan sampai satu tahap rakyat terus menjadi kuli Umno untuk menghasilkan segala produk bagi memperkayakan Umno dan kuncu-kuncunya.

Sampai bila politik kuno seperti ini mahu diteruskan? Lebih 50 tahun Malaysia kononnya dikatakan merdeka dari penjajah tetapi sikap dan prinsip perubahan untuk keadilan dan keamanan sebenar negara dari gejala rasuah, peningkatan jenayah dan penyakit sosial, tidak dapat dilaksanakan sejak dari mula penubuhan negara ini.

Yang paling parah ialah penyakit memandang enteng hukum agama bahkan Islam yang termaktub di dalam perlembagaan tidak ditafsir sewajarnya oleh ahli politik dan undang-undang mengikut pengertian takrifan Islam itu sendiri.

Dipercayai akan ada persempadanan semula kawasan pilihan raya selepas kajian menunjukkan BN akan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.

Akan ada isu yang mendabrakkan persatuan pakatan pembangkang sehingga rakyat umum tidak begitu yakin dengan hasrat pembangkang untuk menguasai putrajaya di masa akan datang.

Umno/BN mengatur strategi melemahkan mereka dan melembukan rakyat khususnya masyarakat luar bandar yang tidak banyak terdedah dengan teknologi maklumat dan media sosial.

Rakyat mesti mengubah tradisi dan mengatur strategi untuk mengatasi strategi Umno/BN jika mahu menamatkan riwayat sistem politik negara dan ekonomi yang semakin lemah di negara ini di bawah parti itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan