Jumaat, 14 November 2014

Pakatan dalam Dilemma

Pakatan Rakyat (Pakatan) bukan sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROC). Tidak dinafikan ada usaha untuk mendaftarkannya, tetapi sehingga ini masih gagal.

Inii kerana Malaysia di bawah pentadbiran neo-nasionalisme UMNO/Barisan Nasional (BN) sudah pasti tidak mahu sistem dua parti wujud di negara ini bagi bersaing dengannya di persada politik kerana sudah pasti ia takut kalah dalam mana-mana pilihan raya.

Satu keuntungan besar kepada BN untuk meneruskan agenda menipu dan memperalatkan wang rakyat bagi mengekalkan kuasanya untuk pilihan raya umum akan datang (mungkin) jika usaha mendaftarkan parti baru yang bernama Pakatan Rakyat dapat dihalang dengan jayanya dengan kuasa politik yang ada pada  BN.

Saya ingin membicarakan tentang 'Pakatan dalam Dilemma' bukan meniru stail bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed menulis tetapi ingin membuat penilaian semula terhadap gabungan tiga parti dalam Pakatan.

Satu perjanjian bersama telah termetrai antara wakil ketiga-tiga parti dalam gabungan 'illegal' (tidakmengikut undang-undang) itu termasuk DAP termaktub secara dasarnya dalam Buku Jingga.

Pesoalan penting ialah DAP tidak melihat keperluan mendesak kepada dasar perjuangan PAS dalam arena politik Malaysia dan sentiasa cemburu dengan parti itu.

Sikap beberapa pemimpin DAP menyerang Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan perang secara terbuka terhadap PAS dan kepimpinannya ketika ini.

Ada yang mendakwa bahawa gabungan Pakatan banyak menguntungkan DAP berbanding PAS dan persoalan PAS menjadi kuda tungangan DAP masih sukar untuk dijawab secara tegas dan jelas.

DAP perlu akur dengan kehendak PAS dalam banyak aspek dan jangan menyifatkan perjuangan parti Islam itu bercanggah dengan prinsip perjuangan rakyat. Ia adalah perjuangan rakyat sebenarnya untuk mengembalikan sistem politik dan pentadbiran negara yang adil untuk semua dan sesuai dengan semua keadaan dan masa.

Perjuangan PAS adalah satu perjuangan yang kukuh dari segi prinsip dan perlaksanannya berbanding dengan parti-parti lain dalam Pakatan.

Dikatakan juga bahawa memang hasrat DAP untuk melihat PAS keluar dari Pakatan dan yang mengambil alih tapak PAS ialah PASMA (mungkin).

Jika boleh PAS keluar sebelum pilihan raya negeri Sarawak tidak lama lagi untuk kononnya kemenangan calon DAP lebih menyerlah  berbanding PAS berada dalam Pakatan dakwa penganalisis politik itu.

Bagaimanapun PAS masih setia untuk berada dalam Pakatan setelah Retreat PAS Pusat diadakan di Kuala Selangor baru-baru ini. Parti itu masih berpegang dengan janji setianya dengan Pakatan.

Penulis menyifatkan tindakan DAP merupakan satu kaedah politik yang bahaya kepada Pakatan sendiri seperti Langkah Kajang juga berbahaya kepada gabungan tersebut.

PAS pertegaskan dalam banyak forumnya akan bersama dengan Pakatan sekiranya syarat yang ditetapkan olehnya dipatuhi antara lain jangan halang PAS melaksanakan cita-cita politiknya di negara ini termasuk melihat syariat Islam dilaksanakan secara menyeluruh untuk kebaikan rakyat khususnya bagi penganut agama Islam.

Dengan apa yang berlaku, fokus untuk menuju Putrajaya menjadi kendur dan dipertikaikan banyak pihak. Ia tidak seharusnya hanya menjadi retorik pemimpin yang ada cita-cita peribadinya dalam politik.

Langkah Kajang gagal mencapai matlamat menjadikan bukan sahaja Ketua Umum PKR, Datul Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bahkan menyebabkan kepimpinan PKR dan PAS
terbelah dua atau dengan kata lain menjadi dua 'team'.

Penulis tidak gemar melihat apa yang dikatakan untuk rakyat tidak kesampaian tetapi yang tercapai ialah cita-cita politik peribadi. Bahkan memporakpurandakan gabungan Pakatan.

Penulis akan terus menulis dengan gaya tersendiri untuk mendedahkan kebusukan politik perjuangan seperti ini kerana ia jelas mengucarkacirkan hasrat sebenar memartabatkan cita-cita murni rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan