Sabtu, 15 November 2014

Krisis dalam Pakatan: Peluang BN untuk terus menang

Datuk Wan Ahmad Wan Omar
Saya merasa curiga dengan keupayaan Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk memerintah Malaysia apabila
krisis dalaman komponen itu masih tidak ditangani dengan baik.

Barisan Nasional (BN) cukup senang situasi ini dan parti itu sedang merancang untuk membuat persempadanan baharu yang dikatakan Bekas Timbalan  Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah memberi nasihat kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung persempadanan semula pilihan raya.

Walaupun Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) mungkin diadakan pada tahun 2018 namun BN sudah pasti tidak duduk diam untuk mempastikan parti itu kekal memerintah Malaysia. Mereka menggunakan segala kepakaran untuk penipuan dan menukar persempadanan baharu agar cita-cita parti berkenaan dapat dicapai.

Saya berpendapat berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku sebelum ini, setiap kali persempadanan baharu dibuat, akan memberi peluang yang besar kepada  kemenangan BN berbanding parti-parti lain. Itu adalah lumrah berlaku dalam politik Malaysia sejak merdeka.

Saya tidak nampak keupayaan Pakatan untuk menafikan persempadanan baharu kawasan pilihan raya itu berpihak kepada BN.

Sikap kepimpinan dan keupayaan mereka memacu kemenangan masih jauh untuk dicapai apa lagi krisis keyakinan di kalangan anggota kepimpinan Pakatan bertabrakan, ia menjadikan kerjasama sukar dipulihkan semula.

Ini adalah satu kegagalan besar yang diperolehi Pakatan setakat ini. Saya tidak nampak ia akan selesai dengan cepat jika ada anasir perosak terus bergerak untuk membina jurang yang dalam, untuk krisis ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan