Rabu, 1 Oktober 2014

Rakyat terus tertekan di bawah BN - Harga minyak naik lagi

Kenaikan harga petrol sebanyak RM0.20 sen bagi RON 95 dan Diesel suatu yang terbaru rentetan kenaikan harga minyak sebelum ini.

Perbandingan harga minyak dunia sebelum
kenaikan RM0.20 sen harga minyak Malaysia. 
Sikap Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat Malaysia tidak berubah. Parti itu memandang rakyat tidak akan bangkit memberontak secara besar-besaran kerana kenaikan seperti itu bagi rakyat khususnya penyokong tegar BN. mereka tidak kisah. 
Buatlah apa pun asalkan periuk nasi mereka tidak dipenuhi pasir, mereka akan biarkan BN bermaharajalela.

Ini sikap rakyat Malaysia yang tidak prihatin dengan senario kenaikan harga minyak. Ia walaupun sudah tahu kesannya namun mereka masih bersikap 'acoh tak acoh,  endah tak endah' dengan tekanan kerajaan BN terhadap kehidupan mereka dari semasa ke semasa.

Soalnya, tidak adakah cara yang sesuai untuk atasi masalah yang kononnya kerajaan BN terbeban dengan subsidi minyak yang terpaksa dikeluarkan sekarang sebanyak RM21 Billion setahun?

Saya berpendapat bukan tidak ada tetapi Kerajaan BN melihat ia suatu yang sukar untuk dipraktikkan. Malaysia adalah negara pengeluar minyak bukan negara mengimport minyak. Kenapa harga minyak tidak boleh diturunkan setaraf dengan negara pengeluar minyak yang lain seperti Arab Saudi, Iran, Oman dan Venezuela yang masih kekal dengan harga minyak paling rendah di dunia (lihat carta).

Jika pentadbiran BN tidak pernah bertemu jalan untuk melihat dan mengkaji bagaimana menyelesaikan masalah harga minyak ini sudah pasti ada sesuatu yang mereka ingin sembunyikan dan sudah pasti bebanan hidup rakyat dengan kadar kenaikan harga minyak itu secara berperingkat-peringkat, menimbulkan kegelisahan yang ketara di kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Tidak betul untuk naikkan taraf hidup rakyat dengan menaikkan kadar harga minyak dan cukai GST
kerana ia adalah sumber membebankan hidup mereka.

Semua jenis insiden ini menjadikan dunia memandang kecil kepada Malaysia termasuk dalam Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak sebagaimana perhatian dunia terhadap Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi sedikit masa lalu.

Dunia mahu mendengar polisi baru Mesir dan penyelesaiannya terhadap isu Syria, Somalia dan lain-lain yang menjadi jiran kepada Mesir.

Dunia sepatutnya berbangga dengan ketokohan Mesir itu tetapi perancangan Zionis menamatkan mutiara kepimpinan umat itu dengan kudeta jahat di bawah Abdul Fatah As-Sisi (insan yang berketurunan Yahudi) yang kini menjadi Presiden Haram Mesir.

Malaysia dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di PBB disaksikan oleh beberapa kerat insan termasuk rombongan dari Malaysia yang terselit Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri perdana menteri.

Ia suatu peminggiran yang ketara bererti, dunia tidak begitu memberi perhatian kepada Malaysia kerana tidak ada apa yang mahu dibanggakan dengan negara ini di mata dunia.

Menaikkan harga minyak suatu tindakan tidak popular yang kesannya tidak besar kepada BN untuk terus memerintah negara ini kerana rakyat tidak akan memberontak atau berdemonstrasi sebagaimana negara dunia ketiga yang lain apabila ia menjadi beban kepada kehidupan mereka.

Saya percaya ada kenaikan harga minyak lagi di masa akan datang kerana rakyat yang majoritinya memilih BN untuk memerintah tidak akan berbuat apa-apa apabila kenaikan itu diteruskan dari semasa ke semasa atas alasan apa sekalipun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan