Ahad, 12 Oktober 2014

MPR: Strategi BN Terengganu lemahkan Pakatan

Haji Saiful Bahari Mamat
Kenyataan PAS Terengganu menangguhkan penyertaan Majlis Perundingan Rakyat (MPR) anjuran Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Baharu negeri itu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman kena pada masanya kerana nampaknya PAS tidak dalam situasi 'Win Win Situation' setelah beberapa siri program disertai wakil-wakil PAS dalam majlis tersebut.

Nampak sangat PAS ingin dipergunakan semaksima mungkin bagi menghasil strategi politik Barisan Nasional (BN) terus menang di Terengganu apabila parti itu boleh berhujah dalam kempen pilihan raya bahawa parti itu sudah melaksanakan segala cadangan yang di kemukakan pembangkang melalui MPR.

"Apa lagi rakyat nak dari BN?" itu mungkin persoalan yang akan ditimbulkan nanti apabila PAS masih bersama dalam MPR.

Patutlah PAS mengenakan tiga syarat untuk supaya kewajaran PAS terus berada dalam MPR ituboleh diteruskan. Syarat pertama sebagaimana disebut oleh Pesuruhjaya PAS negeri itu Haji Saiful Bahari Mamat bahawa   tanda tangan wakil rakyat PAS mesti diterima dalam menandatangani borang-borang permohonan rasmi kerajaan sebagai sokongan permohonan sebagaimana wakil rakyat BN.

Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Tanda tangan wakil rakyat Pakatan Rakyat (Pakatan) sebelum ini 'tidaklaku' kata Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.

Beliau menceritakan bagaimana rakyat dalam kawasannya  mengadu  bahawa tanda tangan beliau di borang permohonan jabatan kerajaan tertentu tidak diterima oleh pentadbiran jabatan kerajaan Terengganu, saya percaya atas arahan pimpinan BN negeri tersebut sejak dari dahulu lagi.

Ada Exco Kerajaan negeri itu dalam persidangan DUN tersebut menyatakan bahawa rakyat boleh meminta tanda tangan Exco di pejabat mereka di Wisma Darul Iman bagi menggantikan tanda tangan wakil-wakil rakyat Pakatan di DUN yang dimenangi wakil rakyat Pakatan.

Ini jelas menunjukkan bahawa apa yang didakwa Haji Mohd. Abdul Wahid itu adalah benar. 

Selain itu Menteri Besar Terengganu yang baharu perlu meluluskan peruntukkan wakil rakyat kepada ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan sebagaimana ianya diluluskan kepada wakil rakyat BN bukan disalurkan melalui agensi lain.

Bantahan penduduk mengenai rampasan tanah Banggol Donas
Itu syarat kedua, manakala syarat ketiga kerajaan BN mesti menyerahkan balik tanah yang dirampas di Kampung Banggol Donas Kuala Terengganu dan Kampung Pinang Merah, Dungun kerana tindakan merampas tanpa hak itu adalah satu tindakan yang zalim.

Jika semua tuntutan tersebut diluluskan Menteri Besar berkenaan, PAS Terengganu boleh mempertimbangkan semula untuk menyertai secara aktif dalam MPR.

Saya berpendapat kerajaan BN tidak rugi apa-apa jika tuntutan itu diterima bagi menyatakan sebenarnya BN bersikap terbuka dan telus serta berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab politik dan kebajikan kepada rakyat negeri tersebut.

Jika tidak, BN tetap menghadapi kemungkinan hilang pemerintahannya di negeri Terengganu buat kali ketiga. Kedudukan kerusi DUN Terengganu hampir seimbang cuma kelebihan Bn hanya dua kerusi berbanding PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BN kekal dengan 17 kerusi DUN manakala PAS 14 manakala PKR 1 kerusi.  Pilihan raya lepas tekaan saya hampir tepat di mana saya menjangkakan kerusi DUn Terengganu sama banyak 16 BN, 16 Pakatan dalam nisbah kedudukan 50-50.

Dengan kedudukan kerusi DUN yang hampir seimbang dan dengan kemenangan majoriti mudah (simple majority) itu banyak perkara yang tidak boleh dilakukan oleh BN dalam pemerintahannya dipercayai termasuk meluluskan enamken-enakmen baru yang memerlukan majoriti sokongan yang lebih besar.

Pada hakikatnya BN sudah kehilangan satu kerusi sokongan dari bekas menteri besar lalu, Dato' Seri Ahmad Said kerana nampaknya semacam ADUN Kijal itu menjauhkan diri dari program kerajaan dan partinya dalam banyak insiden tersebut persidangan DUN dan Mesyuarat Agung Bahagian Kemaman yang beliau tidak hadir baru-baru ini.

Mungkin dia tawar hati kerana kes cara pemberhentiannya sebagai menteri besar tidak digemarinya di samping perpecahan dalaman Umno masih belum reda antara kumpulan Idris Jusoh dan Kumpulan ADUN Kijal itu yang dikenali dengan panggilan Mat Said.

Mungkin pengaruh Mat Said semakin mengecil apa lagi selepas beliau tidak lagi menjadi menteri besar Terengganu namun kesan perpecahan itu masih ada dan berlaku sampai hari ini.

Dengan kedudukan BN yang lemah ini dan dengan kemenaangan majoriti mudah dalam DUN memungkinkan stratgi UMNO terus berlembut dengan pembangkang untuk mencarikekuatan sebelum tibanya pilihan raya umum ke 15 nanti.

Justeru Pakatan perlu berwaspada dengan tektik BN itu dan gabungan pembangkang itu perlu diperkukuhkan dan strategi memenangi PRU 15 perlu dirancang dari sekarang dan dilaksanakan dengan jayanya.

Rabu, 8 Oktober 2014

Rasionalisasi subsidi : BR1M tidak terlibat?

Persoalan yang timbul di sebalik kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 sen  baru-baru ini kononnya untuk mengurangklan subsidi minyak dan mengajar rakyat supaya tidak jadi masyarakat subsidi.

Persoalannya BR1M itu bukan satu bentuk subsidi yang diberi kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat secara berkala?

Apa maknanya mengajar rakyat untuk hilangkan status subsidi terbalit kepada kehidupan rakyat melalui kenaikan harga minyak sedangkan di waktu yang lain kerajaan BN memupuk dan terus memupuk  budaya subsidi di kalangan masyakat negara ini dengan pemberian BR1M.

Apa lagi jika Perdana Menteri, Datul Seri Mohd. Najib Tuan Abdul Razak difahamkan berkata kerajaan tidak sengaja menaikkan harga minyak, satu ejekan dan tempelak kepada rakyat negara ini khususnya pengundi-pengundi BN dalam pilihanraya umum yang lalu.

Sampai bila rakyat mahu diperbodohkan oleh BN? Adakah mahu sampai kiamat? Rasionalisasi subsidi yang dikatakan itu sebenarnya tidak rasional selagi Kerajaan BN meneruskan agenda memberi subsidi kepada rakyat dalam perkara lain termasuk pemberian BR1M.

Rabu, 1 Oktober 2014

Rakyat terus tertekan di bawah BN - Harga minyak naik lagi

Kenaikan harga petrol sebanyak RM0.20 sen bagi RON 95 dan Diesel suatu yang terbaru rentetan kenaikan harga minyak sebelum ini.

Perbandingan harga minyak dunia sebelum
kenaikan RM0.20 sen harga minyak Malaysia. 
Sikap Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat Malaysia tidak berubah. Parti itu memandang rakyat tidak akan bangkit memberontak secara besar-besaran kerana kenaikan seperti itu bagi rakyat khususnya penyokong tegar BN. mereka tidak kisah. 
Buatlah apa pun asalkan periuk nasi mereka tidak dipenuhi pasir, mereka akan biarkan BN bermaharajalela.

Ini sikap rakyat Malaysia yang tidak prihatin dengan senario kenaikan harga minyak. Ia walaupun sudah tahu kesannya namun mereka masih bersikap 'acoh tak acoh,  endah tak endah' dengan tekanan kerajaan BN terhadap kehidupan mereka dari semasa ke semasa.

Soalnya, tidak adakah cara yang sesuai untuk atasi masalah yang kononnya kerajaan BN terbeban dengan subsidi minyak yang terpaksa dikeluarkan sekarang sebanyak RM21 Billion setahun?

Saya berpendapat bukan tidak ada tetapi Kerajaan BN melihat ia suatu yang sukar untuk dipraktikkan. Malaysia adalah negara pengeluar minyak bukan negara mengimport minyak. Kenapa harga minyak tidak boleh diturunkan setaraf dengan negara pengeluar minyak yang lain seperti Arab Saudi, Iran, Oman dan Venezuela yang masih kekal dengan harga minyak paling rendah di dunia (lihat carta).

Jika pentadbiran BN tidak pernah bertemu jalan untuk melihat dan mengkaji bagaimana menyelesaikan masalah harga minyak ini sudah pasti ada sesuatu yang mereka ingin sembunyikan dan sudah pasti bebanan hidup rakyat dengan kadar kenaikan harga minyak itu secara berperingkat-peringkat, menimbulkan kegelisahan yang ketara di kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Tidak betul untuk naikkan taraf hidup rakyat dengan menaikkan kadar harga minyak dan cukai GST
kerana ia adalah sumber membebankan hidup mereka.

Semua jenis insiden ini menjadikan dunia memandang kecil kepada Malaysia termasuk dalam Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak sebagaimana perhatian dunia terhadap Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi sedikit masa lalu.

Dunia mahu mendengar polisi baru Mesir dan penyelesaiannya terhadap isu Syria, Somalia dan lain-lain yang menjadi jiran kepada Mesir.

Dunia sepatutnya berbangga dengan ketokohan Mesir itu tetapi perancangan Zionis menamatkan mutiara kepimpinan umat itu dengan kudeta jahat di bawah Abdul Fatah As-Sisi (insan yang berketurunan Yahudi) yang kini menjadi Presiden Haram Mesir.

Malaysia dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di PBB disaksikan oleh beberapa kerat insan termasuk rombongan dari Malaysia yang terselit Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri perdana menteri.

Ia suatu peminggiran yang ketara bererti, dunia tidak begitu memberi perhatian kepada Malaysia kerana tidak ada apa yang mahu dibanggakan dengan negara ini di mata dunia.

Menaikkan harga minyak suatu tindakan tidak popular yang kesannya tidak besar kepada BN untuk terus memerintah negara ini kerana rakyat tidak akan memberontak atau berdemonstrasi sebagaimana negara dunia ketiga yang lain apabila ia menjadi beban kepada kehidupan mereka.

Saya percaya ada kenaikan harga minyak lagi di masa akan datang kerana rakyat yang majoritinya memilih BN untuk memerintah tidak akan berbuat apa-apa apabila kenaikan itu diteruskan dari semasa ke semasa atas alasan apa sekalipun.